|
Ya Allah
Wednesday, October 31, 2012 | 7:59 AM | 0 comments
Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang..
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah
Ya tuhanku yang Maha Mengasihani
Seringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
Bawalah dia jauh daripada pandanganku
Lupakanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya
Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini..
Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
didunia dan akhirat
Dengarkanlah rintihan daripada
hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku
sendirian didunia ini mahupun
di akhirat
Menjuruskan aku ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku
seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama sama
dapat membina kesejahteraan
hidup ke jalan yang Engkau
Redhai dan kurniakan lah
kepadaku keturunan yang soleh
dan solehah..
Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan akhirat dan peliharalah kami dari
azab api neraka..
Amin..
Amin Ya rabbal a'lamin
T_T
ツ terima kasih ツ
Ya Allah
Sunday, October 28, 2012 | 9:12 AM | 0 comments
Bismillahirrahmannirrahim..
Ya Allah
aku bermohon kepadaMu Ya Allah
berilah hamba mu ini kekuatan
ketabahan kesabaran dalam menempuh setiap ujian yang kau berikan ke atasku
Ya Allah
lembutkanlah hatiku ini
hati yang sekeras keras batu ini
cairkanlah ia secair cairnya
kikiskanlah sifat panas baran dalam diriku ini
hapuskanlah sikap mementingkan diriku ini
bimbinglah aku menjadi ikhlas
janganlah kau biarkan hatiku ini melukai hati sesiapa
bimbinglah aku Ya Allah
sesungguhnya aku tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa
hati orang yang aku sayangi
hati mereka yang mengasihiku
Ya Allahhu Rabbi
kau tanamilah hatiku ini dengan baja baja keikhlasan
kau siramilah kesedihan ku ini dengan kebahagiaan akan datang
kau sembuhkanlah hati yang sakit ini dengan perlahan
kau lembutkan hati ku ini selembut lembutnya
bimbinglah hatiku ini agar lebih kuat kuat dan kuat
tumbuhkanlah keredhaan pada cabang cabang kelemahan ku ini
jadikanlah kesedihan ku ini kekuatan untuk ku meneruskan kehidupan
Sesungguhnya kepada Mu sahaja aku bermohon Ya Allah
dengan rahmatMu aku mohon pertolongan
permudahkanlah doa doa hambaMu ini
Amin Amin Ya Rabbal A'lamin
:'(
ツ terima kasih ツ
|