|
♥ ♥ ♥
Monday, September 10, 2012 | 12:27 AM | 0 comments
Wanita Solehah Hiasan Dunia
♥ Bedakkan wajah anda dengan wuduk nescaya wajah anda akan berseri dan bercahaya di akhirat kelak.
♥ Oleskan gincu kejujuran di bibir mungil anda kerana anda akan kelihatan lebih berseri.
♥ Gunakan rasa malu anda sebagai pemerah pipi yang terletak di salun keimanan kerana malu itu sebahagian
daripada iman.
♥ Lukiskan mata anda dengan celak dan pembayang mata yang mampu menghindari anda daripada
kemaksiatan.
♥ Tutuplah rambut anda dengan selendang Islami yang menghalang pandangan lelaki merbahaya.
♥ Sebaik-baiknya kalungkan di leher anda dengan kalung kesucian. Tutupkan tubuh anda dengan fabrik
keanggunan Islam.
♥ Amalkan semua ini kerana kita pasti cantik di sisi Allah SWT kerana sesungguhnya seindah hiasan adalah
wanita solehah.
ツ terima kasih ツ |